Apakah it Program Subsidi Upah 3.0?
Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) adalah bantuan gaji RM600 sebulan untuk pekerja bagi perniagaan yang terkesan oleh COVID-19 dan yang beroperasi di Kawasan PKP, berbanding hanya bagi sektor pelancongan dan peruncitan seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021. Jumlah yang akan disalurkan adalah seperti berikut:
- Penerima PSU sedia ada (sektor pelancongan dan peruncitan):
- RM600 / pekerja setiap bulan untuk 3 bulan
- Pemohon baru (sektor pelancongan dan peruncitan):
- RM600 / pekerja setiap bulan untuk 6 bulan
- Penerima PSU sedia ada dan pemohon baru (setiap sektor di Kawasan PKP):
- RM600 / pekerja untuk sebulan
Apakah syarat kelayakan bagi bantuan ini?
- Penurunan kadar hasil: Perniagaan yang mengalami penurunan kadar hasil sekurang-kurangnya 30% tahun-ke-tahun (dari 2019 ke 2020) selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
- Berdaftar dengan PERKESO: Majikan dan pekerja berdaftar dan mencarum kepada PERKESO sebelum 1 Januari 2021
- Majikan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan sebelum 1 Januari 2021
- Gaji pekerja: Tidak melebih RM4,000
- Jumlah maximum pekerja: 500 pekerja