Apakah itu Geran Padanan GDRN PERMAI?
Di bawah Pakej PERMAI Inisiatif 6, kerajaan telah memperuntukkan 25 juta ringgit di bawah program GLIC/GLC Disaster Response Network (GDRN) sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi inisiatif misi bantuan kemanusiaan dan sosial.
Siapakah yang layak untuk memohon Geran Padanan GDRN PERMAI?
- 22 syarikat berkaitan kerajaan yang tersenarai (termasuk Unit Tanggungjawab Sosial dan Yayasan milik GLC) sebagai ahli GDRN semasa penubuhan GDRN pada tahun 2013 di bawah Program Transformasi GLC 10 Tahun oleh Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC.
- Ahli-ahli GDRN yang tersenarai adalah termasuk:
- Kumpulan Wang Simpanan Persaraan;
- Khazanah Nasional Berhad (Yayasan Hasanah);
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera;
- Lembaga Tabung Haji;
- Permodalan Nasional Berhad;
- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan);
- Affin Holdings Berhad;
- Axiata Group Berhad;
- BIMB Holdings Berhad;
- Boustead Holdings Berhad;
- CIMB Group Berhad;
- Malayan Banking Berhad;
- Malaysia Airports Holdings Berhad;
- Malaysian Airline System Berhad;
- Malaysian Building Society Berhad;
- Malaysian Resources Corporation Berhad;
- Sime Darby Berhad;
- Telekom Malaysia Berhad;
- Tenaga Nasional Berhad;
- TH Plantations Berhad;
- UEM Group Berhad; dan
- UMW Holdings Berhad.
Bagaimanakah cara untuk ahli GDRN memohon Geran Padanan GDRN PERMAI?
- Ahli GDRN boleh memohon untuk Geran Padanan GDRN PERMAI dengan mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan kepada Sekretariat GDRN;
- Ahli GDRN boleh merujuk kepada panduan permohonan geran padanan;
- Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Sekretariat GDRN sebelum tarikh tutup permohonan; dan
- Keahlian GDRN boleh dibuka kepada anak syarikat berkaitan kerajaan berserta permohonan geran padanan jika geran padanan tidak dimanfaat sepenuhnya oleh ahli GDRN sebelum 15 April 2021 dengan persutujuan sekretariat GDRN Bersama Kementerian Kewangan.