Teknologi Dan Inovasi

Menawarkan pakej internet fiber di kediaman untuk mampu milik di bawah RM 100 yg unlimited data. Setakat hari ini TM masih lagi tidak menawarkan pakej Unlimited Data di bawah Rm100 bg pakej unifi. Pakej yg ditawarkan oleh TM ialah RM79 dengan kuota 60GB. Maxis yang menumpang line TM mampu menawarkan pakej lebih menarik iaitu RM89 Home fiber with unlimited data. Harap Kerajaan dapat tgk sama pakej ini , supaya biar berbaloi.
0

Reformasi Sektor Awam

1. Menurunkan kadar pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam darioada 4 peratus kadar sedia ada kepada 1 peratus. Ini dapat membantu meringankan beban kakitangan awam memandangkan kos permuahan dan pengangkutan adalah dua perkara yang paling banyak dibelanjakan oleh rakyat Malaysia. 2. Memperkenalkan kad diskaun pengangkutan awam bagi kakitangan awam. Ini akan dapat meringkan sedikit beban kakiangan awam yang berulang alik menggunakan pengangkutan awam dari tempat rumah ke tempat kerja 3. Mewujudkan sistem penilaian dua hala antara pengawai diselia dangan pengawai di selia. Jika selama ini hanya pengawai penyelia sahaja akan menilai pengawai yang diselia olehnya, jadi why not wujudkan sistem penilaian dua hala dimana pengawai yang diselia juga boleh menilai pegawai penyelia. ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam. 4. Mewujudkan insurans kesihatan untuk penjawat awam dengan kadar premium yang berpatutan.
0

Kos Sara Hidup

Mohon kerajaan baharu melaksanakan pemberian satu KGT untuk penjawat awam seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan terdahulu memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
0

Teknologi Dan Inovasi

Mohon Kementerian Komunikasi meletakkan syarat bahawa pihak Telco tidak meletakkan kuota internet untuk perkhidmatan jalur lebar gentian fiber yang dibekalkan kepada pengguna selepas penurunan harga baru-baru ini. Jika dilihat, TM masih meletakkan kuota 60GB untuk pakej termurah mereka iaitu RM 79, penggunaan kuota utk internet di rumah tidak lagi relevan di mata masyarakat ketika ini. diharap pihak kerajaan dapat mengelakkan hal ini daripada berlaku lagi.
0

Akses Kepada Pembiayaan

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menaikkan semula tempoh pinjaman peribadi penjawat awam daripada 10 tahun ke 15 @ 20 tahun memandangkan ramai penjawat awam yang menggunakan pembiayaan peribadi untuk memenuhi keperluan perbelanjaan semasa. dengan pemanjangan tempoh, komitmen hutang bulanan kami dapat dikurangkan dan distruktur semula agar tidak terlalu membebankan. diharap pihak kerajaan prihatin dengan permasalahan ini dan dilaksanakan dengan segera. terima kasih
0

Peluang Pendapatan Dan Pekerjaan

untuk penjawat awam gred 19 gaji basic dinaikkan ke 1700 atau ke gred 29 . .kami perit duk dibandar dgn kos sara hidup melampau . . kau kerajaan baru tak boleh nak ubah, alamak nya 1 penggal jer la rakyat bagi untuk ada takbir tuk negara. . . trima kasih
0

Public Sector Reform

Kurangkan mesyuarat ataupun gunakan fasiliti seperti telekonferens untuk mesyuarat virtual supaya dapat menjimat duit rakyat.
9

Public Sector Reform

Berhentikan penghantaran pegawai ke luar negara untuk kursus (sarjana muda/sarjana/PhD). Kebanyakan kursus boleh diperolehi di universiti/ institusi tempatan. "Open learning system" yang dipraktikkan oleh pihak perubatan harus digunapakai oleh program lain seperti pergigian. Selain itu, pegawai yang menghadiri konferens luar nagara hanya patut di biayai jika memberi ceramah ataupun membentangkan hasil kajiselidik mereka.
13

Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat

Pelepasan cukai tambahan bagi rawatan perubatan ibubapa.
10

Reformasi Sektor Awam

Berikan insentif kepada pegawai yang membuat penyelidikan dan juga bagi mereka yang berjaya menerbitkan kajiselidik mereka di jurnal yang berimpak tinggi (bukan sebarang jurnal).
6

Alam Sekitar Dan Pembangunan Lestari

Memperkenalkan semula rebat untuk pembelian kereta hybrid / elektronik.
8

Reformasi Sektor Awam

Kenaikan pangkat harus berdasarkan kelayakan dan bukan senioriti.
7

Reformasi Sektor Awam

Doktor yang berkhidmat dengan kerajaan harus di tegah dari membuat lokum pada hari bekerja (selepas kerja) kerana boleh memberi kesan yang buruk terhadap perkhdimatan awam. Dicadangkan supaya doktor di beri 1 hari seminggu untuk membuat lokum
6

Reformasi Sektor Awam

Cikgu di sekolah kerajaan seharusnya dilarang dari memberi tuisyen kerana terdapat banyak kes di mana cikgu tidak memberi tumpuan sepenuhnya di sekolah kerana ingin fokus lebih kepada tuisyen lepas sekolah. Ada juga kes-kes di mana cikgu menggalakkan murid untuk mengikuti kelas tuisyen mereka jika ingin mendapat markah lebih tinggi. Tiada penguatkuasaan yang jelas.
9

Perumahan, Infrastruktur Dan Keselamatan Awam

Perkenalkan undang-undang untuk mengenakan denda / hukuman terhadap pemaju perumahan yang tidak menepati perjanjian dan tidak membayar LAD dengan sepenuhnya. Pemilik syarikat pembinaan perumahan yang tidak membayar LAD seharusnya disenaraihitamkan dan lesen pemaju harus di tarik balik.
6